China Mahu Pergiat Kerjasama dengan Rwanda

2021-11-12 14:37:43  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping komited memperkukuh kesalingpercayaan strategik dan mempergiat kerjasama bersahabat dengan Rwanda demi memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Dalam perutusan tahniah kepada Presiden Rwanda, Paul Kagame sempena sambuatan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Rwanda hari ini, Presiden Xi menyatakan bahawa China mengutamakan hubungan dengan Rwanda.

Hubungan China dan Rwanda menyaksikan perkembangan stabil dan persahabatan tradisional kedua-dua negara terbukti lebih erat dari masa ke masa.

Presiden Rwanda, Paul Kagame pula berkata, China memberi sokongan kepada Rwanda menerusi beberapa wadah yang melibatkan Forum Kerjasama China-Afrika dan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Sokongan tersebut memainkan peranan penting dalam proses transformasi negara itu. Pihaknya komited terus memperkukuh kerjasama dengan China dalam pelbagai sektor.

覃淼