Peningkatan Kerjasama China-AS Bawa Manfaat kepada Dunia

2021-11-12 14:12:58  CRI
Share with:

Pencapaian perjanjian berhubung perubahan iklim antara China dan AS membuktikan bahawa kedua-dua negara ini boleh mengadakan kerjasama dalam isu antarabangsa yang penting. Peningkatan kerjasama China-AS akan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara malah seluruh dunia serta mendorong proses multilateral.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang taklimat Khamis lalu sebagai respons terhadap China dan Amerika Syarikat (AS) mencapai "Deklarasi Bersama Glasgow China-AS mengenai Meningkatkan Tindakan Iklim pada 2020-an " dalam tempoh Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26) yang diadakan di Glasgow, Scotland Rabu lalu.

Menurut Wang, deklarasi tersebut tercapai berasaskan "Kenyataan Bersama China-AS Tangani Krisis Iklim" yang dicapai di Shanghai pada April lalu dan hasil rundingan Tianjin pada September lalu.

Menurut deklarasi tersebut, China dan AS masing-masing akan mengambil pelbagai tindakan konkrit domestik, mendorong kerjasama dan proses multilateral.

"Kedua-dua negara menghargai kerja yang dijalankan setakat ini dan komited terus berusaha bersama untuk meningkatkan pelaksanaan Perjanjian Paris.

"China dan AS akan meningkatkan tindakan untuk menangani krisis perubahan iklim berdasarkan prinsip setiap negara mempunyai tugas yang berbeza tanggungjawab tetap sama sambil mempertimbangkan keadaan negara masing-masing," kata Wang.

覃淼