Kekayaan Bersama Perlu Usaha Bersama 1.4 Juta Rakyat

2021-11-13 16:46:07  CRI
Share with:

Usaha mewujudkan kekayaan bersama dan menangani masalah pembangunan amat penting, begitu juga isu pengagihan. Namun, kekayaan bersama tidak dapat diwujudkan hanya melalui pengagihan, sebaliknya perlu usaha gigih seramai 1.4 bilion rakyat China.

Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Pejabat Kewangan dan Ekonomi Jawatankuasa Pusat, Han Wenxiu dalam sidang akhbar Sidang pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat PKC yang diadakan pada Jumaat lalu.

Han turut mengemukan cadangan untuk merealisasikan saranan kekayaan bersama yang melibatkan mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi  dengan berpaksikan kepentingan rakyat dan menjamin kesaksamaan peluang, peraturan dan hak rakyat dalam proses mencipta dan menikmati harta; membina sistem pengagihan pendapatan  yang mencerminkan keefesienan dan keadilan. Di samping itu, pelbagai syarikat perlu mengendalikan dengan baik urusan masing-masing untuk mewujudkan kekayaan bersama.

胡星