Ucaptama Presiden Xi dalam Sidang Kemuncak APEC Penting bagi Asia-Pasifik

2021-11-13 16:19:11  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam sidang kemuncak tidak rasmi ke-28 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang diadakan secara maya pada 11 hingga 12 November lalu.

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi ketika diwawancara media arus perdana China berkata, ini merupakan aktiviti multilateral yang memfokuskan isu rantau Asia-Pasifik bagi Presiden Xi. Ucaptama beliau amat bermakna kepada kerjasama pelbagai negara untuk membendung penularan pandemik COVID-19, mendorong pemulihan ekonomi global serta membina Komuniti Berkongsi Nasib Asia-Pasifik.

Menurut Wang, Presiden Xi  menjunjung tinggi  konsep pembinaan bersama-sama Komuniti Berkongsi Nasib Asia-Pasifik dan mengemukakan siri dasar dan cadangan bagi memperkasakan kerjasama serantau.

"Beliau  menggariskan hala tuju bagi rantau ini memakmurkan semula ekonomi.

"Presiden Xi menegaskan, rantau Asia-Pasifik perlu mempertahankan keterbukaan, memelihara kestabilan dan kelancaran rantai bekalan dan industri, mendorong pemulihan ekonomi, mempercepat inovasi dalam bidang sains, teknologi dan sistem serta memperkasakan pembangunan komprehensif ekonomi digital." kata Wang.

Menurut pandangan pelbagai pihak, ucaptama Xi mematuhi status di rantau Asia-Pasifik dan permintaan pelbagai pihak. Ini bakal memainkan peranan yang penting bagi pemulihan ekonomi dan pembangunan jangka panjang serantau.

徐国玮