RCEP : Faedah Perlu Dikongsi Semua

2021-11-13 16:46:53  CRI
Share with:

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau(RCEP) kelihatan akan dikuatkuasakan baru-baru ini.

Perjanjian ini merangkumi tiga entiti ekonomi utama di arena antarabangsa termasuk China, Jepun dan Republik Korea, dua negara anggota Persatuan Lima Mata (FVEY), iaitu Australia dan New Zealand,  serta negara-negara ASEAN yang menubuhkan zon perdagangan bebas di Asia.

Sebagai zon perdagangan bebas terbesar di dunia, RCEP meliputi jumlah populasi paling ramai dengan agregat Pengeluaran Dalam Negara Kasar(GDP) terbesar dan jumlah tarikan modal asing terbanyak.

Penguatkuasaan perjanjian itu akan menyaksikan perubahan penting, iaitu  RCEP akan menghapuskan tarif sebanyak 90 peratus daripada barangan yangdidagangkan yang turut membawa faedah tambahan USD162.8 bilion(RM677.89 bilion) kepada ekonomi serantau.

Walaupun integrasi Asia yang diterajui RCEP masih berada pada fasa awal, tetapi konsep kerjasama dan situasi menang-menang dijangka dikekalkan.

Ketika menghadapi situasi yang tidak menentu, RCEP akan memastikan setiap negara tidak kira kuat atau lemah, besar atau kecil,  dapat berkongsi faedah bersama.

胡星