China Mahu Perkasa Kerjasama Pragmatik dengan Fiji

2021-11-13 14:03:51  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping komited memperhebat interaksi dan kerjasama pragmatik dengan Fiji untuk mewujudkan prospek perkembangan perkongsian strategik China-Fiji yang luas demi memberi manfaat kepada negara dan rakyat kedua-dua pihak.

Dalam perutusan tahniah kepada Ratu Wiliame Katonivere yang menjawat jawatan Presiden Fiji yang baharu semalam, Xi menyatakan bahawa Fiji merupakan negara pertama kepulauan Pasifik yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China.

"Hubungan dua hala kedua-dua negara ini melakar kemajuan besar hingga menjadi teladan hubungan yang sama kedudukan, persahabatan dan kerjasama antara negara besar dan kecil .

"China bersedia berusaha bersama dengan Fiji untuk bergabung tenaga demi membendung pandemik COVID-19, selain mempergiat kerjasama yang melibatkan pelbagai sektor." kata beliau.

覃淼