Pemulihan Ekonomi China Didukung Makin Banyak Unsur Positif

2021-11-15 15:03:42  CRI
Share with:

Ekonomi China terus mengekalkan trend pemulihan pada bulan Oktober, dengan pelbagai indeks utama berada pada julat munasabah, menurut Biro Statisik Negara (NBS).

Jurucakapnya, Fu Linghui dalam satu sidang media hari ini berkata, keberkesanan usaha bersepadu dalam membendung penularan wabak COVID-19 telah mendukung kestabilan pembekalan dan harga pasaran. Ia turut memberi sokongan lebih kukuh kepada pembangunan ekonomi sebenar negara ini.

Menurut beliau, nilai tambah industri berskala besar menyaksikan peningkatan 10.9 peratus pada sepuluh bulan pertama, sementara indeks pengeluaran sektor perkhidmatan menokok 15.1 peratus, jualan runcit naik 14.9 peratus dan jumlah import-eksport meningkat 22.2 peratus.

Dalam perkembangan lain, keadaan pengambilan pekerja tetap stabil didukung insentif kerajaan.  Kadar pengangguran di bandar dan pekan direkod 4.9 peratus pada bulan Oktober, lebih rendah berbanding masa sama tahun 2019 dan 2020.

Selain itu, industri teknologi tinggi menyaksikan perkembangan yang pesat, dengan nilai tambah sektor pembuatannya naik 14.7 peratus pada bulan lepas. 

张哲