Kenali Detik Penting Sejarah China Melalui Lukisan Episod 6

2021-11-16 11:20:34  CRI
Share with:

Terbang ke Angkasa Lepas, Penuhi Impian

Lukisan realistik tradisional China yang bertajuk  "Terbang ke Angkasa Lepas, Penuhi Impian " ini dihasilkan pada 2021.

Siri yang terdiri daripada tiga lukisan ini telah menggambarkan modul teras "Tianhe" dan 11 angkasawan China yang pernah menjejakan kaki di angkasa lepas.

Empat angkawasan yang memberi tabik hormat dalam lukisan kiri menandakan mereka akan bertolak dari bumi. Individu yang berada dalam kapal di bahagian atas lukisan itu adalah Yang Liwei, angkasawan pertama China ke angkasa lepas.

Dalam lukisan sebelah kanan pula memperlihatkan empat angkasawan sedang melambai tangan, menandakan mereka berjaya pulang ke bumi. Bahagian atas lukisan itu pula memparkan semula situasi kuliah tiga angkasawan, sementara di bahagian tengah lukisan menggambarkan detik signifikan Zhai Zhigang keluar dari kapal.

Alam semesta yang mengagumkan telah menyediakan persekitaran yang tidak terdapat di bumi untuk dikaji secara saintifik. Pada masa depan, stesen angkasa lepas China akan menjadi makmal angkasa lepas kebangsaan, sekali gus menyumbang kepada kemajuan teknologi manusia.

Pada tiga dekad yang lalu, penerbangan bermanusia China ke angkasa lepas telah menyumbang kepada penyelidikan manusia terhadap alam semesta. China akan menyumbang lebih banyak kebijaksanaan, rancangan dan kekuatan demi penggunaan angkasa lepas secara damai dan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

张宪