Xi, Biden Adakan Pertemuan Maya

2021-11-16 10:17:10  CRI
Share with:

Xi, Biden Adakan Pertemuan Maya_fororder_1116

Pertemuan antara Presiden China, Xi Jinping dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berlangsung secara maya pagi ini.

Dua pemimpin itu bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan Beijing-Washington serta isu-isu yang menjadi perhatian bersama.

Xi berkata, selaku dua entiti ekonomi terbesar dunia dan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), China dan AS perlu memperkasakan komunikasi dan kolaborasi, masing-masing mengendalikan hal ehwal dalam negeri sendiri dengan baik, di samping memikul tanggungjawab antarabangsa.

Beliau turut merayu kepada kedua-dua pihak supaya mengembangkan hubungan China-AS yang sihat dan mantap.

董筱娉