Kenali Detik Penting Sejarah China Melalui Lukisan Episod 1

2021-11-16 10:40:44  CRI
Share with:

Di Sini, Bermulanya Satu Epik Pelayaran

Lukisan cat minyak yang berjudul "Bermulanya Satu Epik Pelayaran--Kongres Kebangsaan pertama Parti Komunis China (PKC)" ini dicipta pada 2009.

Ia berkisar tentang sebuah perahu berkajang di Tasik Nanhu di Jiaxing, provinsi Zhejiang yang menjadi tempat berlangsungnya Kongres Kebangsaan pertama PKC pada 1921.

Lukisan aliran realisme itu merekodkan detik bersejarah apabila lebih sepuluh wakil PKC berhimpun di perahu itu, menandakan bermulanya epik perjuangan rakyat China.

Di tengah-tengah karya catan itu pula berdirinya susuk Mao Zedong yang berpakaian sut labuh berwarna biru dengan penuh semangat.

Beliau yang digambarkan berada di atas dek sambil merenung jauh, kemudiannya dilantik sebagai pemimpin generasi pertama PKC. 

Elemen awan gelap menyelubungi tempat itu merupakan metafora kepada persekitaran sosial yang disurami kegelapan pada masa itu, manakala fajar yang menyingsing di sebelah timur pula melambangkan munculnya sinar harapan revolusi.

Perahu kecil itu memikul amanah rakyat dan harapan bangsa. Selepas mengharungi ribut petir dan ombak besar yang membadai, akhirnya ia berubah menjadi sebuah bahtera yang membawa China terus menjulang kemajuan.

张宪