Kenali Detik Penting Sejarah China Melalui Lukisan Episod 4

2021-11-16 10:57:39  CRI
Share with:

Xiaogang, Malam 24 November 1978

Lukisan cat minyak yang berjudul “Xiaogang, Malam 24 November 1978” ini dicipta pada 1999.

Lukisan ini menggambarkan sebuah situasi bersejarah di China apabila seramai 18 orang petani dalam karya ini telah menandatangani kontrak tanah di desa, sekali gus menjadi salah satu simbol kepada permulaan pembaharuan ekonomi di desa China.

Pelukis telah menggunakan warna gelap sebagai warna asas karya ini bagi menggambarkan suasana keterujaan dan penuh membangkitkan. Cahaya yang terang dalam lukisan pula memfokuskan sehalai kontrak.   

Para petani yang dilukis dalam karya ini adalah dari kampung Xiaogang, sebuah kampung kecil di provinsi Anhui. Sebelum ini, desa China dibangunkan dengan sistem komun rakyat. Oleh sebab adanya kelemahan termasuk pengawalan terhadap aktiviti pengeluaran terlalu ketat dan pengagihan secara sama-rata, ia telah memperlahankan pembangunan desa dan peningkatan tahap kehidupan petani.  

Selepas kontrak tanah desa ditandatangani, kampung Xiaogang turut mencapai tuaian besar pada tahun 1979, dengan mencatat jumlah tuaian biji-bijian 66 ribu kilogram, iaitu bersamaan dengan jumlah pengeluaran biji-bijian pada tahun 1966 hingga 1970. Manakala jumlah minyak pula mencecah 17.5 ribu kilogram, iaitu sama dengan jumlah dua dekad yang lalu.

Didorong oleh pelaksanaan sistem yang termaktub di dalam kontrak tanah petani di kampung Xiaogang ini, China berjaya menambahbaik sistem tanggungjawab kontrak isi rumah di peringkat kebangsaan, secara tidak langsung menyuntik kedinamikan di desa serata China.

张宪