Xi Utus Tahniah Forum Rakyat China-Afrika

2021-11-16 13:44:19  CRI
Share with:

Dalam konteks dunia berada pada era yang mengalami pembangunan pesat dan perubahan besar, China dan Afrika perlu terus menjunjung dan menyemarakkan nilai insani berlandaskan kepada keamanan, pembangunan, kesaksamaan, keadilan, demokrasi dan kebebasan.

Demikian ditegaskan Presiden China, Xi Jinping dalam surat tahniah kepada Forum Rakyat China-Afrika ke-6 yang membuka tirainya di Beijing pada Isnin.

Xi berkata kedua-dua pihak harus memperkukuh solidariti dan kolaborasi, menggalakkan kemakmuran dan pembangunan, sambil berganding bahu ke arah membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Beliau turut menzahirkan harapan supaya forum tersebut dibangunkan menjadi sebuah jejambat yang membantu memperkukuh perkongsian strategik komprehensif kedua-dua pihak, meningkatkan persefahaman di kalangan rakyat dan mempraktikkan gagasan komuniti berkongsi nasib China-Afrika.

周乔西