Prestasi Bursa Beijing Kukuh Hari Pertama

2021-11-16 15:59:00  CRI
Share with:

Bursa Saham Beijing (BSE) mencatatkan prestasi kukuh pada hari pertama operasinya dengan jumlah dagangan di seluruh papan sebanyak 9.576 bilion yuan (RM6.24 bilion).

Difahamkan, sebanyak sepuluh daripada 81 saham yang diniagakan ditutup tinggi pada Isnin, meningkat 199.8 peratus secara purata dengan jumlah dagangan mencecah 4.113 bilion yuan (RM2.68 bilion).

Prestasi itu adalah selaras dengan jangkaan pasaran, didukung pengaliran masuk dana berjumlah besar dan nisbah harga perolehan (PER) saham baharu yang munasabah.

梁靓