Basmi Kemiskinan Melalui Tanaman Cili

2021-11-17 13:28:45  CRI
Share with:

Basmi Kemiskinan Melalui Tanaman Cili_fororder_1127579064_16240908795441n

Basmi Kemiskinan Melalui Tanaman Cili_fororder_1127579064_16240908798531n

"Cili Tianying”, spesies yang diimport dari luar negara pada 1970-an mempunyai rasa pedas yang sedap sedangkan jualannya laris dalam pasaran.

Cili Tianying bertumbuh baik di Baodi, bandar Tianjin ekoran kandungan  Selenium yang tinggi dalam tanah.

Basmi Kemiskinan Melalui Tanaman Cili_fororder_1127579064_16240908797241n

Usahawan Ma Buyun menubuhkan satu syarikat pemprosesan produk pertanian di Tianjin pada 2010, dan menjadikan cili Tianying sebagai produk utama antara barangan eksportnya ke luar negara.

Penjualan produk cili buatan syarikatnya merangkumi pasaran di lebih 20 buah negara dan kawasan, dan pendapatan yang diperolehi mencecah lebih RMB70 juta (RM45 juta) pada 2020.

Basmi Kemiskinan Melalui Tanaman Cili_fororder_1127579064_16240908796431n

Bermula 2019, Ma Buyun mengambil bahagian dalam satu program bantu miskin di kaunti Minfeng, wilayah Xinjiang yang bertujuan untuk mengajar kaum tani tempatan menanam Cili.

Dalam tempoh dua tahun kemudian, Ma berjaya menjadikan cili bertumbuh di pinggir padang pasir Taklimakan, dan selanjutnya memperluas perladangan tanamannya hingga lebih 666 hektar.

Basmi Kemiskinan Melalui Tanaman Cili_fororder_1127579064_16240908797901n

Dengan adanya jasa itu, Ma Buyun mendapat anugerah “Pemaju Cemerlang Pembasmian Kemiskinan Kebangsaan” pada 2021.

张宪