MFA Rumus Pertemuan Pemimpin China, AS

2021-11-17 11:13:51  CRI
Share with:

Pertemuan maya antara ketua negara China dan Amerika Syarikat (AS) adalah terus terang, konstruktif, substantif dan berkesan, menurut Kementerian Luar (MFA) China.

Jurucakapnya Zhao Lijian berkata, pertemuan itu membantu meningkatkan persefahaman antara satu sama lain, dan memenuhi jangkaan dan harapan masyarakat antarabangsa terhadap hubungan dua kuasa besar itu.

Ketika bercakap kepada media pada Selasa, Zhao mengesahkan, dua negara tersebut sepakat untuk terus berkomunikasi menerusi pelbagai pendekatan dan menggerakkan hubungan dua hala kembali bertaut ke arah yang sihat dan stabil, hingga memberikan manfaat kepada rakyat.

Zhao turut menyatakan, pertemuan yang berlangsung pada saat kritikal tersebut melakar hala tuju hubungan China-AS pada fasa selanjutnya.

Beliau berharap pihak AS dapat bergerak sehala dengan China dan menepati apa yang telah dijanjikan.

董筱娉