Apakah Menu Makanan Angkasawan China di Angkasa Lepas?

2021-11-17 13:31:33  CRI
Share with:

Apakah Menu Makanan Angkasawan China di Angkasa Lepas?_fororder_taikongshipin1

Baru-baru ini, siri video angkasawan China makan minum di stesen angkasa lepas tular di internet.

Apakah Menu Makanan Angkasawan China di Angkasa Lepas?_fororder_taikongshipin5

Menurut laporan, terdapat lebih 120 jenis hidangan yang disediakan termasuk bubur gandum Osmanthus, roti cincang kelapa, lobak jeruk, nasi goreng, kentang tumis cili hijau, sup daging sayur, tuna pedas, dan ayam Gongpao.

Apakah Menu Makanan Angkasawan China di Angkasa Lepas?_fororder_taikongshipin3

Difahamkan, antara perbezaan yang boleh didapati pada hidangan di angkasa lepas berbanding di bumi adalah ia perlu diproses sehingga menjadi mampat berbentuk batu bata sebelum dibungkuskan.

Proses sedemikian adalah bagi memastikan makanan tidak terapung dalam keadaan graviti sifar di angkasa lepas.

Antara perbezaan lain adalah, makanan di angkasa lepas mempunyai tarikh luput yang lama berikutan waktu bertugas angkasawan sehingga separuh tahun.

Apakah Menu Makanan Angkasawan China di Angkasa Lepas?_fororder_taikongshipin2

Di angkasa lepas, terdapat dua cara utama untuk memanaskan makanan iaitu dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro atau meletakkan air panas ke dalam beg bungkusan makanan kering.

Apakah Menu Makanan Angkasawan China di Angkasa Lepas?_fororder_taikongshipin4

Antara yang dinanti-nantikan warganet adalah menjelang sambutan Tahun Baru Cina 2022 apabila kru Shenzhou-13 akan menyambutnya di angkasa lepas dan masyarakat Tionghua khususnya berpeluang melihat ketiga-tiga mereka menjamah ladu di angkasa!

张宪