Operasi Antikeganasan AS Hanya Alat Politik

2021-11-17 16:59:41  CRI
Share with:

Operasi memerangi keganasan dilakukan Amerika Syarikat (AS) hanya untuk mengaut laba politik dan mengejar hegemoni.

Demikian kata jurucakap kerajaan wilayah Xinjiang, Xu Guixiang dalam sidang media di Beijing hari ini.

Menurutnya, usaha China menghapuskan keganasan dan ekstremisme di Xinjiang adalah untuk melindungi rakyat pelbagai etnik daripada ancaman keganasan.

Sedangkan, di sebalik usaha serupa AS, wujudnya niat untuk mengejar kepentingan politik.

Seorang lagi jurucakap kerajaan Xinjiang, Elijan Anayit pula berkata, perang antikeganasan AS selama 20 tahun berakhir dengan kegagalan kerana ia hanya alat politik demi menjaga kepentingan sendiri serta menjajakan ideologinya, bukan untuk melindungi rakyat.

梁靓