China Sasar Bina Jaringan 5G Terbesar Dunia

2021-11-17 12:33:30  CRI
Share with:

China komited memperkasakan pembangunan jaringan 5G dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025).

Usaha berkenaan telah digariskan dalam pelan pembangunan sektor maklumat dan komunikasi yang disiarkan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) baru-baru ini.

Dalam pada itu, China menyasarkan pembangunan jaringan 5G secara sendiri yang berskala paling besar di dunia, dengan bilangan stesen pemancar 5G bagi setiap 10,000 orang mencecah 26 buah menjelang 2025.

Difahamkan, China telah membina sebanyak 1.15 juta stesen pemancar 5G, iaitu lebih 70 peratus daripada keseluruhan dunia.

Jumlah pengguna 5G pula mencecah 450 juta, menduduki lebih 80 peratus di dunia.

Sementara itu, pengaplikasian teknologi 5G juga meliputi bidang lebih luas seperti sektor pembuatan, pendidikan, perubatan dan perbelanjaan.  

张哲