China, AS Beri Isyarat Positif kepada Dunia

2021-11-18 11:22:18  CRI
Share with:

Pertemuan maya antara ketua negara China dan Amerika Syarikat (AS) menandakan satu isyarat positif kepada dunia, menurut Kementerian Luar.

Jurucakapnya Zhao Lijian membuat rumusan seumpama dalam sesi taklimat di Beijing pada Rabu, sebagai respons terhadap kupasan Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan mengenai pertemuan tersebut.

Dilaporkan, semasa diadakannya simposium anjuran Institusi Brookings, Selasa, Sullivan berkata, ada tanggungjawab yang lebih besar diletak di bahu AS dan China untuk mengendalikan hubungan dua hala dan dasar luar masing-masing.

Menurutnya, selaku dua buah kuasa terpenting dunia, Washington dan Beijing akan terus melicinkan komunikasi membabitkan pelbagai peringkat bagi memastikan hubungan dua hala dilengkapi rel adang demi mengelakkan persaingan daripada berubah menjadi konflik.

Untuk itu, Zhao membalas dengan mengatakan bahawa pertemuan berkenaan adalah terus terang, konstruktif, substantif dan berkesan.

Ia turut membantu meningkatkan persefahaman antara satu sama lain, dan memenuhi jangkaan dan harapan masyarakat antarabangsa terhadap hubungan dua kuasa besar itu.

董筱娉