China, AS Capai Konsensus Isu Visa Wartawan

2021-11-18 14:37:31  CRI
Share with:

China dan Amerika Syarikat (AS) telah mencapai tiga konsensus berhubung isu visa wartawan berasaskan prinsip saling menghormati dan saling menguntungkan menerusi beberapa pusingan perundingan mutakhir ini.

Perkembangan itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media di Beijing pada Rabu.

Menurutnya, kedua-dua pihak sepakat memastikan koresponden yang bertugas di negara satu sama lain dapat keluar masuk negara berkenaan secara normal berpremiskan dasar pembendungan wabak dan peraturan konsular dipatuhi dengan ketat.

China dan AS juga bersetuju mengeluarkan visa beberapa kali masuk setahun kepada wartawan dari negara satu sama lain, dan AS komited segera memulakan prosedur domestik untuk menyelesaikan isu permit tinggal untuk wartawan China.

Dalam pada itu, China berjanji akan memberikan layanan sama rata kepada wartawan AS yang ditempatkan di China selepas dasar AS tersebut dilaksanakan.

Selain itu, kedua-dua pihak akan meluluskan visa untuk koresponden baharu yang memenuhi keperluan permohonan mengikut undang-undang dan peraturan berkenaan.

 

 

周乔西