Bangunan “Buatan China” yang Dicetak pada Wang Kertas Negara BRI

2021-11-18 14:25:01  CRI
Share with:

Bangunan mercu tanda atau projek mega di sesetengah negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang seterusnya dibina oleh syarikat China serta dicetak pada wang kertas negara itu memperlihatkan hasil pencapaian cemerlang BRI.

Bangunan “Buatan China” yang Dicetak pada Wang Kertas Negara BRI_fororder_1494308365

Stesen janakuasa elektrik Nam Leuk, selatan Laos dibina oleh syarikat China pada 2002 telah dicetak pada wang kertas Kip bernilai 20 ribu.

Bangunan “Buatan China” yang Dicetak pada Wang Kertas Negara BRI_fororder_1588394401

Pada wang kertas 20 bath yang diterbitkan pada Mac 2003 di Thailand, gambar di belakang wang kertas tersebut ialah wajah Raja Ananda Mahidol dan jambatan Rama VIII yang dibina oleh syarikat China. Jambatan tersebut telah disenaraikan dalam catatan sejarah sebagai lambang persahabatan China-Thailand.

Bangunan “Buatan China” yang Dicetak pada Wang Kertas Negara BRI_fororder_800383699

Sebagai projek lambang kerjasama BRI, stesen janakuasa elektrik Puttalam merupakan janakuasa elektrik pembakaran batu arang yang pertama di Sri Lanka.

Ia juga merupakan projek pembinaan kerajaan yang terbesar sejak penubuhan negara itu dan projek kerjasama ekonomi perdagangan yang terbesar setakat ini antara China dengan Sri Lanka.

Pada 2011, imej stesen tersebut dicetak pada wang kertas bernilai LKR 100 untuk memperingati makna pentingnya.

Bangunan “Buatan China” yang Dicetak pada Wang Kertas Negara BRI_fororder_1407941870

Stadium Lusail, tapak penganjuran Piala Dunia FIFA Qatar 2022 adalah “buatan China”, dan telah dicetak pada wang kertas 10 Rial pada Disember 2020.

Bangunan “Buatan China” yang Dicetak pada Wang Kertas Negara BRI_fororder_1133842799

Imej mercu tanda baharu Aljazair, iaitu Masjid Djamaâ el Djazaïr telah dicetak pada wang kertas seribu Dinar edisi baharu yang mula digunakan di negara itu pada 2019.

Masjid ketiga terbesar sedunia ini dilengkapi menara azan tertinggi di seluruh dunia dengan ketinggian 265 meter.

Bangunan “Buatan China” yang Dicetak pada Wang Kertas Negara BRI_fororder_2048992648

Pusat Sukan Antarabangsa Moi, mercu tanda Kenya yang dicetak pada wang kertas KES 20 Shillingi merupakan bangunan peringatan persahabatan China-Kenya.

张宪