Kerjasama China, Afrika Masuk Fasa Penaiktarafan

2021-11-18 14:38:17  CRI
Share with:

Persidangan Menteri-Menteri ke-8 Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) akan diadakan di Senegal pada penghujung November.

Siri langkah baharu bagi meningkatkan kerjasama dua hala yang akan diumumkan China dalam persidangan kali ini turut menjadi tumpuan.

Naib Menteri Perdagangan China, Qian Keming dalam sesi taklimat pada Rabu memaklumkan bahawa langkah baharu akan memfokuskan pembangunan sosioekonomi Afrika serta peluang baharu dalam kolaborasi kedua-dua pihak dalam konteks penularan wabak COVID-19.

Bidang-bidang yang turut diberi perhatian bersama termasuk kesihatan dan pembendungan wabak, kebajikan rakyat dan pengurangan kemiskinan, perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital, hijau dan rendah karbon serta pendidikan vokasional.

Untuk rekod, jumlah perdagangan kedua-dua pihak telah melonjak 20 kali ganda, manakala pelaburan langsung China terhadap Afrika bertambah sebanyak 100 kali ganda sepanjang tempoh dua dekad lalu.

Sehubungan itu, Qian berkata, kerjasama China-Afrika dalam sektor ekonomi dan perdagangan kini telah memasuki fasa transformasi dan penaiktarafan.

“China dan Afrika akan terus memantapkan kerjasama dalam bidang tradisional sambil meneroka titik pertumbuhan baharu dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan, sekali gus menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi kerjasama berkenaan," katanya.

周乔西