China-Afrika Saling Berkongsi Mengenai Komunikasi Antarabangsa

2021-11-18 13:30:36  CRI
Share with:

Pengamal diplomasi awam dan komunikasi antarabangsa China-Afrika bersependapat bahawa China berperanan penting dalam menggalakkan pembangunan sosioekonomi Afrika.

Kesemua mereka menyatakan pandangan tersebut ketika berlangsungnya Forum Komunikasi Antarabangsa China-Afrika di Beijing, pada Selasa.

Selain itu, mereka turut membincangkan amalan masing-masing dalam diplomasi awam dan komunikasi antarabangsa, serta mengeluarkan cadangan bagi mendorong perkembangan sihat dalam pertukaran badan bukan kerajaan kedua-dua pihak.

Pengerusi Persatuan Perhubungan Awam Antarabangsa China (CIPRA), Wu Hongbo telah menekankan beberapa aspek yang dianggap sebagai mampu memperhebat komunikasi dengan Afrika.

Antara saranan beliau adalah, badan bukan kerajaan perlu memperkukuh matlamat dan rancangan komunikasi yang melibatkan Afrika dan menyasarkan untuk menambah modal dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan pelaburan terhadap Afrika.

Selain itu, Wu turut berpenbdapat bahawa interaksi antara rakyat China-Afrika perlu diperkasakan setelah penularan wabak COVID-19 mereda untuk mengintensifkan persefahaman dan persepakatan, serta memanfaatkan cara penceritaan antarabangsa untuk meningkatkan keefisienan dan keberkesanan.

Menurut Penyelaras Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke China, Chang Qide, beliau yang pernah berkhidmat di Kenya telah menyaksikan peranan galakan China dalam pembangunan sosioekonomi tempatan percaya bahawa peranan penting itu akan diteruskan.

Pada masa sama, PBB juga bersedia memperhebat kerjasama dengan China dan berkongsi pengalaman pembangunan China kepada Afrika menerusi kerjasama Selatan-Selatan.

高蕾