Angkasawan China,Deng Qingming

2021-11-18 17:17:39  CRI
Share with:

Sebuah koc kelihatan dipandu keluar dari lebuh raya lingkaran Beijing lalu menuju ke satu kompleks besar yang dikelilingi oleh pokok hijau yang biasanya disebut ringkas oleh penduduk tempatan sebagai “Kota Angkasa”.

14 orang pegawai turun dari koc yang baru saja berhenti di hadapan sebuah wisma, kemudian masuk ke dalam sebuah dewan dan berdiri sebaris di hadapan bendera merah lima bintang, bendera kebangsaan China yang tergantung pada dinding hadapan dewan itu.

Seorang Jeneral berdiri di hadapan pasukan pegawai tersebut dan mengumumkan,

"Awak sekalian adalah kumpulan pertama angkasawan China yang dipilih daripada puluhan ribu juruterbang cemerlang dalam seluruh tentera. Mulai hari ini, terbentuklah satu skuad baharu, iaitu Skuad Angkasawan Tentera Pembebasan Rakyat China."

"Ikut saya angkat sumpah sekarang!"

Angkasawan China,Deng Qingming_fororder_64380cd7912397ddfa9a0023e1b619bfd1a287f7

Deng Qingming, salah seorang daripada 14 pegawai ketenteraan tersebut, bersama dengan sekalian berdiri menghadapi bendera kebangsaan pada saat itu dan mengangkat kepalan tangan kanan: "Saya secara sukarela mengambil bahagian dalam usaha penerbangan angkasa lepas bermanusia......bersemangat wira, sudi menyumbang, tidak takut korban, sanggup berjuang untuk kerjaya penerbangan angkasa lepas seumur hidup!"

Pada suatu hari selepas itu, empat belas angkasawan tersebut diatur berkumpul di sebuah bilik bulat yang besar di mana terdapat satu lengan mekanik yang besar di bahagian pusatnya. Satu kabin yang berbentuk kuboid tergantung pada hujung lengan mekanik itu yang boleh berputar dari pangkalnya.

Jurulatih membuka kabin itu dan memperkenalkan bahawa peralatan itu dipanggil mesin emparan. Tujuannya adalah untuk mensimulasikan keadaan pelancaran kapal angkasa dan keadaan kembali ke bumi yang akan dialami angkasawan berdasarkan tekanan yang terhasil dalam operasinya. Mesin emparan itu bukan sahaja digunakan untuk latihan, tetapi juga untuk tujuan menguji angkasawan. Sebeum layak terbang ke angkasa, seseorang angkasawan mesti lulus dalam ujian mesin emparan terlebih dahulu.

Angkasawan China,Deng Qingming_fororder_b03533fa828ba61e3c2b47d1f9003c02324e59c0

Seorang demi seorang, dan sekarang ini tibalah giliran Deng Qingming untuk mengikuti latihan tersebut. Beban pecutan graviti bermula dari 3G, kemudian makin bertambah ke 5G,6G,7G……

Lama kelamaan Deng Qingming merasa tidak boleh menggerakkan  badannya, malah tidak boleh mengangkat tangannya, dan susah sekali untuk membuka kelopak matanya. Bagaimanapun, dia bertalu-talu menggalakkan dirinya tidak boleh menutup mata yang dilihat sebagai tanda gagal lulus. Biasanya si jurulatih akan menamatkan ujian terbabit apabila mendapati seseorang pelatih menutup matanya dalam proses latihan kerana menganggap dia tidak mampu meneruskan latihan berkenaan.

Ketika berlangsungnya latihan itu yang sudah menyaksikan peningkatan bebanan kepada 8 G, si jurulatih mula mengajukan beberapa soalan kepada Deng Qingming yang penglihatannya sudah beransur-ansur menjadi lemah dan kehilangan persepsi terhadap warna sehingga berasa seperti berada dalam keadaan yang gelap. Pemandangan di hadapannya kelihatan hanya terdiri daripada warna hitam dan putih sahaja. "Saya tidak boleh kalah!" Dengan semangat gigih ini, Deng Qingming menarik nafas dengan kuat, berusaha menumpukan perhatian terhadap soalan itu, membuat pengiraan dalam hatinya dan akhirnya berjaya memberikan jawapan yang betul.

Sejak hari itu yang menyaksikan kelulusannya dalam ujian yang penuh cabaran, Deng Qingming tidak pernah berhenti dalam belajar bersungguh-sungguh. Ini boleh dilihat dari lampu di bilik asramanya di Kota Aeroangkasa tidak pernah dipadamkan sebelum jam 12 malam.

Masa berlalu cepat. Dalam tempoh lebih sedekad lalu, terdapat lapan angkawasan dalam skuad Deng sudah berpeluang menjalankan misi dengan menaiki kapal angkasa lepas.  Bagaimanapun, yang sisanya tidak mendapat peluang seumpama itu sehingga saat bersara.

Deng Qingming pernah mengikuti latihan yang lengkap demi pelaksanaan misi kapal angkasa lepas Shenzhou-6, Shenzhou-7, Shenzhou-9 dan Shenzhou-10, tetapi kesemuanya gagal dalam pemilihan akhir.

Misi angkasa lepas Shenzhou-11 dimulakan pada tiga tahun kemudian selepas berakhirnya misi Shenzhou-10. Menurut misi itu, dua angkasawan akan dibawa kapal angkasa Shenzhou-11 yang diatur bercantum dengan modul eksperimen Tiangong-2, dan bertugas di Tiangong-2 selama 30 hari. Deng Qingming dan Chen Dong sebagai sebuah kumpulan dijadikan calon misi ini, sedangkan satu kumpulan lain diketuai Jing Haipeng.

Demi memperoleh peluang untuk mejadi calon misi kapal angkasa lepas Shenzhou-11, Deng Qingming memilih menjalani pembedahan sebanyak dua kali.

Dalam tempoh selama dua tahun yang lalu, beliau menceburkan diri semula dalam latihan yang berat, seperti latihan mesin emparan dengan bebanan 8 hingga 10 G, berbaring di atas katil selama 6 hari dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas demi mensimulasikan keadaan dalam ruang angkasa tanpa graviti, termasuk sesi makan dan minum. Demi menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam kabin angkasa untuk jangka masa panjang, calon angkasawan diatur tinggal di dalam sebuah bilik kecil kurang daripada 20 meter persegi selama sebulan di mana lampu terang terus dalam tempoh itu dan diiringi bunyi pelbagai mesin simulasi dan sebagainya.

Lebih penting lagi, si calon angkasawan perlu mahir menguasai modus operandi berdasarkan ratusan subjek bagi memandu kapal angkasa yang rumit di ruang angkasa lepas termasuk langkah percantuman. Jadi, Deng Qingming selalu kelihatan duduk di depan mesin simulasi sepanjang hari, berlatih tanpa henti.

Namun, diketahui umum, pada 17 Oktober 2016, kapal angkasa lepas Shenzhou-11 membawa Jing Haipeng dan Chen Dong ke angkasa lepas, dan berjaya bercantum dengan Tiangong-2.

Pada masa yang sama, pesawat yang dinaiki Deng Qingming yang gagal dalam pemilihan akhir mendarat di satu lapangan terbang di Beijing. Isteri dan anaknya amat gembira mengalu-alukan kepulangan wira dalam hati mereka.

Pada 17 Jun 2021, kapal angkasa lepas Shenzhou-12 dilancarkan dan berjaya bercantum dengan stesen angkasa. Tiga angkasawan, Nie Haisheng, Liu Boming dan Tang Hongbo diatur bertugas di angkasa selama tiga bulan.

Pada 16 Oktober 2021, kapal angkasa lepas Shenzhou-13 dilancarkan dengan membawa angkasawan Zhai Zhigang, Ye Guangfu dan Wang Yaping. Mereka akan bertugas di angkasa selama enam bulan.

Di Kota Aeroangkasa Beijing, Deng Qingming yang berusia lebih 50 tahun, kekal tabah meneruskan kerjaya dalam bidang penerbangan angkasa.

曹捷