Antikeganasan di Xinjiang Pamer Hasil Ketara

2021-11-18 14:23:40  CRI
Share with:

Hasil pelaksanaan dasar antikeganasan, Xinjiang merekodkan sifar kes keganasan dalam tempoh lima tahun lalu, sekali gus menyumbang kepada perjuangan antikeganasan peringkat antarabangsa.

Demikian dimaklumkan jurucakap kerajaan Wilayah Autonomi Xinjiang, Xu Guixiang dalam satu sidang media di Beijing, pada Rabu.

Menurut statistik tidak rasmi, anasir keganasan serta fahaman melampau dan pemisahan telah mecetuskan ribuan kes keganasan di pelbagai tempat termasuk Xinjiang pada tahun 1990 hiingga penghujung tahun 2016.

Keadaan itu turut mengakibatkan ramai penduduk dibunuh dan ratusan anggota polis terkorban, dan jumlah kerugian harta benda yang tidak terkira.

Justeru, dengan mengambil kira situasi berkenaan, kerajaan China mengambil siri langkah tegas dan berkesan untuk membanteras anasir tersebut sehingga mencapai hasil yang amat ketara.

Pada masa sama, Xu turut menyatakan bahawa Xinjiang amat mementingkan usaha untuk meningkatkan tahap kehidupan rakyat.

Jelasnya, lebih 70% daripada perbelanjaan fiskal telah digunakan untuk usaha itu dan pihaknya turut meneruskan siri projek kebajikan umum secara konsisten.

Menurut Xu lagi, lebih tiga juta penduduk miskin di desa Xinjiang yang melibatkan 3,666 buah kampung dan 35 buah kaunti telah bebas daripada belenggu kemiskinan menurut standard yang dilaksanakan sekarang.

Manakala, isu kemiskinan mutlak di wilayah Xinjiang yang berlarutan dalam seribu tahun lalu turut berjaya diselesaikan.

曹捷