Xi Utus Tahniah Persidangan Peradaban Siber China

2021-11-19 12:41:33  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena perasmian Persidangan Peradaban Siber China pertama pada hari ini.

Beliau dalam surat tahniah itu menyifatkan peradaban siber sebagai komponen penting dalam peradaban sosial, dan juga penting bagi mengetengahkan China sebagai gergasi siber.

Katanya, pembangunan peradaban siber China mencapai hasil ketara susulan usaha proaktif dalam memantapkan penyebaran maklumat dan pengelolaan ruang siber sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Beliau mengarahkan kerajaan pelbagai peringkat supaya menggalas amanah dan tanggungjawab, manakala sinergi dibentuk antara pengendali platform internet, pertubuhan sosial dan warganet bagi memajukan peradaban siber dan memupuk etika dalam alam siber.

 

 

周乔西