Olimpik Beijing 2022 Dilengkapi Sains dan Teknologi Canggih

2021-11-19 15:42:21  CRI
Share with:

Olimpik Beijing 2022 Dilengkapi Sains dan Teknologi Canggih_fororder_捕获.JPG

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 memaklumkan bahawa venue sukan sempena temasya tersebut akan dilengkapi dengan 5G.

Ketua Pengarah Jabatan Teknologinya, Yu Hong berkata, penyediaan kemudahan tersebut adalah termasuk jalan yang menghubungkan semua padang sukan antara tiga kawasan pertandingan.

Olimpik Beijing 2022 Dilengkapi Sains dan Teknologi Canggih_fororder_sukan3.JPG

Perkara tersebut dalam satu sidang media di Beijing pada Khamis berhubung pengenalan pencapaian "Sains dan Teknologi Sukan Olimpik Musim Sejuk".

Sementara itu, Ketua Jabatan Sains dan Teknologi Pembangunan Sosial Kementerian Sains Teknologi China, Wu Yuanbin pula memberitahu bahawa "5G+8K" akan digunakan semasa penyiaran dalam talian, menonton pertandingan melalui VR dan perkhidmatan suara pintar.

Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Sains Teknologi Beijing, Zhu Jianhong berkata, pencegahan wabak COVID-19 secara saintifik merupakan prasyarat penganjuran temasya sukan kali ini.

Olimpik Beijing 2022 Dilengkapi Sains dan Teknologi Canggih_fororder_sukan2.JPG

Justeru katanya, pelbagai teknologi akan digunakan dalam pemeriksaan suhu badan, penyahjangkit persekitaran dan ujian pathogen.

张宪