Isu Xinjiang Berkaitan Usaha Hapus Keganasan, Faham Pemisah

2021-11-19 13:34:49  CRI
Share with:

Isu Xinjiang adalah mengenai usaha membanteras keganasan, faham pelampau dan faham pemisah, bukan soal hak asasi manusia atau agama.

Demikian ditegaskan lagi jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media di Beijing pada Khamis.

Zhao berkata, wilayah Xinjiang kini makmur dan stabil, manakala penduduk tempatan hidup aman sentosa dan bahagia.

Kesemua ini menggambarkan keadaan sebenar hak asasi di Xinjiang serta keberkesanan dasar China yang berkaitan, sekali gus menangkis pelbagai dusta dan berita palsu mengenai wilayah itu.

Dalam satu sesi taklimat pada Rabu, jurucakap kerajaan wilayah Xinjiang,  Xu Guixiang telah memperkenalkan pengalaman utama daripada usaha menghapuskan keganasan dan ekstremisme di Xinjiang.

Beberapa mangsa kejadian keganasan turut tampil berkongsi pengalaman dahsyat yang dilalui mereka, dengan harapan tragedi seumpama  tidak akan berulang lagi.

梁靓