Hubungan Mantap China-AS Bawa Manfaat Buat Semua

2021-11-20 15:19:36  CRI
Share with:

Pergaulan sesama negara terletak pada prinsip saling menghormati dan saling memahami, kata Menteri Luar China, Wang Yi.

Semasa Persidangan Kumpulan Pemikir Global pagi tadi, beliau menyatakan sikap angkuh atau cubaan memaksakan kehendak diri kepada pihak lain harus dielak.

Katanya, China dan  Amerika Syarikat (AS) perlu kekal dengan prinsip hidup bersama secara damai, tidak berkonflik dan tidak berkonfrontasi. Ia juga adab pergaulan bagi kuasa besar yang mempunyai sistem sosial berlainan.

Wang menambah, kerjasama saling menguntungkan adalah sejajar dengan arus sezaman.

China dan AS mempunyai kepentingan bersama yang luas. Mainan campur-tolak hanya akan merugikan  kedua–dua belah pihak.

AS diharap dapat mengotakan semua janji yang dibuat bagi memastikan hubungan dengan China ke arah lebih mantap hingga membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara malah seluruh dunia.

梁靓