Takkan Toleransi Cubaan “Kemerdekaan Taiwan”

2021-11-20 15:24:25  CRI
Share with:

China akan berusaha sedaya mungkin bagi mewujudkan penyatuan semula tanah air secara damai, dan tidak akan mentoleransi sebarang cubaan “kemerdekaan Taiwan”.

Demikian ujar ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar, Wang Yi ketika berucap pada Persidangan Kumpulan Pemikir Global secara maya, hari ini.

Menurutnya, Presiden Xi Jinping semasa pertemuan maya bersama rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, konsisten dengan pendirian bahawa Taiwan sebahagian daripada wilayah China.

Tegas Wang, cubaan mereka-reka “dua China” atau pun “satu China, satu Taiwan” langsung tidak boleh diterima sama sekali.

董筱娉