China Turun Taraf Hubungan Diplomatik dengan Lithuania

2021-11-21 14:34:49  CRI
Share with:

China menurunkan taraf hubungan diplomatik dengan Lithuania ke tahap kuasa usaha, menurut Kementerian Luar (MFA), hari ini.

MFA dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat demi mempertahankan kedaulatan China dan norma asas hubungan antarabangsa.

Lithuania sebelum ini membenarkan pihak berkuasa Taiwan membuka secara rasmi pejabat perwakilannya di negara itu tanpa menghiraukan bantahan Beijing.

Menurut kenyataan itu, Lithuania perlu menanggung segala padahan dan membetulkan kesilapan serta merta.

MFA turut memberi amaran kepada pihak Taiwan bahawa cubaan “Kemerdekaan Taiwan” dengan bantuan kuasa luar akhirnya akan menemui jalan buntu.

董筱娉