Kes COVID-19 di AS Melonjak Sejak Hujung Oktober

2021-11-21 14:54:01  CRI
Share with:

Kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan melonjak hampir 40 peratus sejak hujung Oktober, dengan purata sebanyak 88,000 jangkitan baharu direkodkan setiap hari.

Dalam tempoh sebulan lalu, hampir 37,000  kes kematian dicatatkan di negara itu.

Data Universiti Johns Hopkins menunjukkan, seorang daripada setiap 427 rakyat AS meninggal dunia akibat wabak COVID-19.

梁靓