Pertandingan Ujian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Berakhir

2021-11-22 12:02:19  CRI
Share with:

"Meet in Beijing" atau Piala Dunia Geluncur 2021/2022 melabuhkan tirainya di daerah Yanqing, Beijing semalam.

Berlangsung di Pusat Gelongsor Nasional yang dikenali sebagai "Naga Salji" , acara itu menyaksikan atlet Austria memenangi pingat emas kereta luncur tunggal wanita dengan catatan masa 1:58.822.

Dalam acara perlumbaan berganti-ganti pula, pasukan Austria menempa kejuaraan dengan mengambil tempoh 3:06.953.

Sementara itu, Amerika Syarikat dan Itali menduduki tempat kedua dan ketiga, manakala pasukan China berada di tempat ke-9.

Dengan berakhirnya acara tersebut, ia sekali gus menandakan perlawanan ujian Olimpik Musim Sejuk Beijing dan perlawanan mengumpul mata Olimpik Musim Sejuk pertama musim ini turut sama berakhir.

Kemajuan pasukan China yang agak pesat tersebut mendapat tumpuan perhatian atlet dari pelbagai negara.

Atlet Austria, David menyatakan bahawa prestasi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk adalah penting untuk mempromosi acara luncur salji.

Justeru, beliau berkata pihaknya menanti-nantikan untuk bersaing dengan pasukan China dalam temasya sukan ini.

Dalam pada itu, venue "Naga Salji" turut mendapat pujian dalam kalangan para peserta termasuk pemenang pingat gangsa berganda, dari Latvia iaitu Sikes.

Beliau yang pernah ke Yanqing ketika awal perasmian trek tersebut menyatakan bahawa suasana di trek itu sangat positif dan ia ditambah pula dengan kemesraan individu yang bertanggungjawab di situ.

"Saya rasa China telah melakukan tindakan yang terbaik dalam melawan pandemik.

"Kami mengikuti pertandingan dalam gelembung tertutup, berasa sangat selamat dan merasakan penganjuran pertandingan ujian amat berjaya."

覃淼