China Sumbang Barang Harian kepada Afghanistan

2021-11-22 12:22:13  CRI
Share with:

Sebuah kereta api kargo muatan barang keperluan harian bantuan yang seberat lebih seribu tan telah bertolak dari stesen Wuxi, wilayah Xinjiang ke Mazzar-E Sharif, Afghanistan melalui pintu kastam landasan kereta api Huoerguosi. Masa perjalanan dijangka kira-kira 12 hari.

Ini merupakan larian kereta api kargo kali ketiga melalui operasi laluan Xinjiang, China-Afghanistan, dengan membawa sebanyak 50 buah kontena muatan baju kapas, kasut kapas, selimut bulu, roti Nan dan serbuk teh susu yang amat diperlukan rakyat negara itu untuk mengalami musim sejuk.

Pegawai dari Syarikat Logistik Antarabangsa Tiemeng, Zhejiang menyatakan pihaknya telah mencuba pengangkutan multi-model untuk menghantar barang bantuan kemanusiaan tersebut kepada Afghanistan dengan secepat mungkin. Mulai penghujung Jun lalu, lebih 2.6 ribu tan barang bantuan dan keperluan harian telah dihantar melalui laluan kargo berkenaan.

Wilayah Xinjiang bersempadan dengan Afghanistan. Operasi laluan Xinjiang, China-Afghanistan dilihat mampu memastikan kelancaran penghantaran barang bantuan kemanusiaan.

张宪