Kereta Api China-Laos Siap untuk Pengangkutan Penumpang

2021-11-22 13:13:05  CRI
Share with:

Sistem maklumat perkhidmatan pengangkutan penumpang Kereta Api China-Laos yang dikenali sebagai projek simbolik pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), telah disiapkan kelmarin. Ini menandakan kesemua 10 stesen dalam wilayah Laos sudah siap untuk pengangkutan penumpang, sekali gus menyediakan jaminan untuk operasi laluan kereta api terbabit pada bulan Disember nanti yang akan membolehkan penumpang yang bertolak dari Vientiane pada sebelah pagi sampai ke Kunming pada sebelah malam, malah berperanan sebagai saluran antarabangsa yang memudahkan kesalinghubungan antara negara ASEAN.

Dimaklumkan, landasan kereta api China-Laos direka bentuk dan dibina China berdasarkan piawaian teknologi dan peralatan miliknya, dan disambung dalam jaringan kereta api China. Jadual waktu dan maklumat tiket dalam bahasa Laos, Mandarin dan Inggeris tersedia pada skrin elektronik dalam setiap lobi menunggu.

高蕾