Perjanjian AS-Britain-Australia Risaukan Masyarakat Antarabangsa

2021-11-23 15:19:55  CRI
Share with:

Laporan laman web White House mendedahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan memorandum “Perjanjian Pertukaran Maklumat Tenaga Nuklear Tentera Laut AS-Britain-Australia”, dan menyifatkan perjanjian tersebut akan memberi sumbangan substantif bagi meningkatkan kerjasama pertahanan dan keselamatan ketiga-tiga negara.

Mengenai isu tersebut, Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian semalam menyatakan bahawa China memberi perhatian terhadap kerjasama bidang kapal selam nuklear antara tiga negara tersebut. Tindakan mereka dijangka akan mengintensifkan ketegangan situasi rantau berkenaan, memicu persaingan kelengkapan tentera sehingga mengancam keamanan dan kestabilan serantau serta menjejaskan usaha pengawalan senjata nuklear dalam senario global. Terdapat banyak negara menyampaikan keprihatinan yang serius terhadap impak negatif yang mungkin muncul akibat kerjasama tiga negara tersebut.

Menurut Zhao, sekurang-kurangnya lima soalan seperti yang berikut perlu dijawab tiga negara tersebut kepada masyarakat antarabangsa, apakah maklumat yang bakal dikongsi oleh tiga negara tersebut? Adakah ia selaras dengan tanggungjawab antarabangsa yang perlu dipikul oleh tiga negara tersebut? Mungkinkah ia menyebabkan penyebaran senjata nuklear? Bagaimana memastikan bahan dan teknologi berkenaan tidak akan digunakan untuk mengembangkan senjata nuklear? Bagaimana mencegah negara lain mencontohi tindakan yang salahnya?

张宪