Kestabilan Xinjiang Mustahil Terjejas Akibat Pembohongan

2021-11-23 15:18:49  CRI
Share with:

Ceramah ke-7 Forum Terbuka “Fahami China” anjuran Pejabat Konsul Jeneral China di Osaka, Jepun telah diadakan secara maya semalam.

Selain menyampaikan ucapan berkaitan “keadaan pembangunan dan kestabilan Xinjiang”, dua orang jurucakap Wilayah Autonomi Xinjiang, Xu Guixiang dan Yilijiang·Ayinati juga menampil dalam sesi interaksi dengan para penonton.

Menurut kedua-dua mereka, sebarang pembohongan melibatkan Xinjiang adalah hasil manipulasi kuasa anti-China.

Dalam ceramah tersebut, Xu Guixiang telah menunjukkan banyak gambar yang diambil di tempat yang sebenar untuk membalas laporan fitnah yang diada-adakan oleh Akademi Dasar Strategik Australia. “Pusat tahanan” di wilayah Xinjiang yang didakwa pihak Australia sebenarnya bangunan pejabat kerajaan tempatan, taman logistik dan sekolah.

Pelukis animasi Jepun, Tomomi Shimizu memburukkan imej Xinjiang dan menyebarkan fitnah melibatkan Xinjiang melalui karya animasinya sejak akhir-akhir ini. Menyebut tentang hal tersebut, Yilijiang·Ayinati menyatakan Tomomi Shimizu sama sekali tidak mengetahui keadaan sebenar di wilayah Xinjiang. Karya animasinya penuh dengan prasangka ideologi. Diharapkan beliau jangan terpedaya dan diperalatkan lagi oleh politikus anti-China.

Xu Guixiang berkata, tokoh-tokoh pelbagai bidang Jepun dialu-alukan melawat ke Xinjiang untuk melihat dengan mata kepala sendiri, dan memperincikan interaksi dengan penduduk berbilang etnik di sana supaya boleh menyaksikan Xinjiang yang sebenar.

张宪