Penilaian Bebas terhadap Air Kumbahan Nuklear Jepun

2021-11-23 11:45:54  CRI
Share with:

Pasukan pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) diharap menjunjung tinggi prinsip objektif, adil dan saintifik dan melakukan penilaian, pengawasan dan pemeriksaan yang bebas terhadap proses sebelum, semasa dan selepas rawatan air kumbahan nuklear di Fukushima, Jepun agar memastikan air kumbahan tersebut diproseskan dengan selamat mutlak.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijiang dalam sidang media semalam, susulan keputusan IAEA untuk menghantar pasukan pakar ke Jepun pada pertengahan bulan Disember nanti.

Zhao juga menyeru Jepun agar bekerjasama dengan IAEA, termasuk mengadakan rundingan tentang kesemua pilihan yang berkemungkinan ketika menangani air kumbahan, dan menerima pengawasan dan pemeriksaan berhubung ketepatan data statistik dan keberkesanan langkah rawatan. China akan mengikuti perkembangan terkini dalam pelaksanaan tugas pasukan berkenaan dan menanti-nantikan IAEA membuat laporan kepada masyarakat antarabangsa dan pihak yang berkepentingan pada waktu yang tepat.

高蕾