Melambungnya ‘Jenayah Benci Keturunan Asia' Akibat Memfitnah China

2021-11-24 13:33:44  CRI
Share with:

Jumlah kes 'jenayah benci keturunan Asia' di Amerika Syarikat (AS) melambung ke satu tahap yang mendahsyatkan. Fenomena kebencian terhadap keturunan Cina justeru diakibatkan oleh kuasa anti-China di negara itu yang sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat palsu, memfitnah dan mencoret arang pada muka China.

Ketika menjawab soalan berkenaan, Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, terdapat laporan yang mendedahkan bahawa jumlah kes 'jenayah benci keturunan Asia” melambung 368% di New York satu bandar sahaja pada September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu. Sementara itu, menurut data yang diumumkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI),  jumlah kes jenayah akibat kebencian terhadap keturunan Asia pula meningkat 76% pada 2020 di seluruh AS.

Zhao menekankan bahawa kes-kes jenayah yang menyasarkan warga China dan keturunan Cina di AS baru-baru ini menimbulkan kemarahan khalayak ramai di kedua-dua negara. Kerajaan AS digesa mendengar suara rasional dari dalam dan luar negaranya, mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah diskriminasi, melindungi hak dan kepentingan yang sah milik keturunan minoriti termasuk keturunan Cina di negara itu.

张宪