AS, Jangan Nakal Lagi

2021-11-24 16:32:33  CRI
Share with:

Ketika bermain di komuniti selepas waktu sekolah, terdapat seorang budak lelaki yang nakal, tetapi nak bermain dengan anak Satria dan kawan-kawannya. Namun anak Satria, Sabun beritahu bahawa budak tersebut selalu memukul mereka.

Sebagai bapa, Satria cuba tenangkan Sabun dan memberitahunya bahawa mungkin budak tersebut memang mahu bermain bersama dengan mereka, cuma tidak faham bagaimana berkomunikasi dengan budak perempuan.

Satria cakap yang kita perlu memberi peluang dan cuba menerimanya sebab kita semua merupakan penduduk di satu komuniti yang sama. Tapi, kalau memang dah melampau, apa yang boleh kita buat adalah menjauhkan diri dan bermain dengan kanak-kanak yang lain saja.

图片默认标题_fororder_src=http-%2F%2Fn.sinaimg.cn%2Fsinakd2021528s%2F200%2Fw1080h720%2F20210528%2F213f-kquziii1172062.png&refer=http-%2F%2Fn.sinaimg

Sebenarnya, bila Satria amati, perangai budak lelaki itu agak mirip dengan perangai AS sebab kita juga telah menyaksikan pelbagai interaksi antara China dan AS yang amat mengelirukan.

Cuba lihat, baru sahaja AS umum untuk mengawal dasar satu China dan tidak menyokong pemisahan Taiwan, tiba-tiba mereka mendalangi Lithuania melanggar dasar satu China dan mengizinkan Taiwan menubuhkan perwakilan di negara itu.

Dan yang lebih mengelirukan, selepas Joe menyatakan untuk mempertimbangkan memboikot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, tiba-tiba menghantar atlet menubuhkan pasangan campuran dengan China lagi dalam Pertandingan Ping Pong Dunia di Houston untuk sambutan ulang tahun ke-50 “diplomasi ping pong” yang pernah membantu penjalinan hubungan bilateral.

Satria faham kerajaan AS perlu pengubahsuaian diri dalam hubungan China secara teliti setelah suasana kerjasama telah dihancurkan oleh Donald Trump. Tapi sambil menghitam, menyekat bahkan membanteras China dalam kebanyakan bidang, adalah kurang pragmatik untuk AS sambil menyelam sambil minum tatkala menantikan kerjasama dalam bidang tertentu yang bermanfaat bagi agenda AS.

Bertentang, bersaing atau bekerjasama, AS perlu mencari keseimbangan dasar dalam negara diri, juga pernah mewujudkan keseimbangan yang boleh diterima oleh pihak China.

Ambil contoh, kerajaan AS buat masa ini nak menegaskan “America is back” dalam isu perubahan iklim global, memperlihatkan dasar yang berbeza dengan bekas Presiden. Bagaimanapun dalam lima tahun yang dibazirkan, China dan Eropah telah menjadi pemimpin dalam bidang ini, AS terpaksa bekerjasama dengan China.

China mempamerkan komitmen sendiri yang bukan mudah dicapai, pada masa yang sama bersuara untuk negara membangun, menggesa negara-negara maju memenuhi kewajiban menyediakan dana dan pemindahan teknologi supaya bersama ke arah menangani perubahan iklim.

Ini telah dihargai oleh para pemimpin ASEAN, terutamanya PM Malaysia dalam sambutan genap 30 tahun hubungan dialog China-ASEAN yang diadakan baru-baru ini.

Ketika China memandang isu dari segi komuniti berkongsi nasib sesama insan, AS masih memandang isu dari sudut kepentingan parti atau surat undi. Jurang yang besar ini menjadikan keseimbangan dalam hubungan bilateral kedua-dua kuasa terbesar ini sebenarnya susah tercapai.

China masih sabar memberi waktu kepada AS untuk mengubahsuaikan dasar diri buat masa ini, tapi AS tidak boleh selalu seperti budak nakal yang nak main bersama China dan juga sering kali memukul China.

Ini hanya akan menggalakkan China akhirnya putus asas dan bermain dengan kawan lain. Di komuniti berkongsi nasib sesama insan ini, masih banyak kawan yang boleh kami main bersama selain AS.

张弘