Lithuania Dinasihati Bahaya Main Api Untuk Kuasa Besar

2021-11-24 14:06:50  CRI
Share with:

Kenyataan berkenaan pihak Amerika Syarikat membuktikan lagi persetujuan Lithuania kepada penubuhan apa yang disebut 'pejabat perwakilanTaiwan' di negara itu adalah bertujuan menciptakan 'satu China satu Taiwan' secara terang-terangan di arena antarabangsa. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, jurucakap Jabatan Negara AS menegaskan lagi sokongan terhadap Lithuania yang menerima pihak berkuasa Taiwan menubuhkan “pejabat perwakilan” di negaranya,  langkah yang penting bagi pulau itu memperluas ruangnya di arena antarabangsa.

Sehubungan itu, Zhao menyatakan bahawa prinsip 'satu China' merupakan kod hubungan antarabangsa yang diiktiraf umum dalam masyarakat antarabangsa, dan juga dasar politik China dalam pelaksanaan diplomasi dengan negara yang berhubungan rasmi. Reaksi Beijing adalah sah dan rasional apabila berdepan dengan langkah luaran yang menjejaskan kedaulatan negara dan kepentingan keselamatan.  Kami komited memelihara hak dan kepentingan negara sendiri beserta keadilan antarabangsa.

Zhao nengatakan bahawa AS sepatutnya mematuhi prinsip 'satu China' dan peraturan yang terkandung dalam tiga Pengumuman Bersama antara kedua-dua negara, dan jangan mengeluarkan isyarat salah kepada kuasa “kemerdekaan Taiwan”. Serentak itu, China juga menasihati Lithuania, bermain api untuk sesetengah kuasa besar adalah tindakan berbahaya. 

曹捷