Singapura Maju dalam Penggunaan RMB Rentas Sempadan

2021-11-24 15:23:55  CRI
Share with:

Jumlah pembayaran RMB rentas sempadan antara Chongqing, China dengan Singapura merekodkan RMB45 bilion (RM30 bilion) setakat September 2021. Dengan itu, Singapura telah menjadi negara ketiga terbesar bagi Chongqing berhubung penggunaan RMB rentas sempadan.

Demikian dinyatakan Naib Gabenor Bank Rakyat China, Chen Yulu pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Kewangan China-Singapura 2021 yang diadakan di Chongqing pada 23 hingga 24 November.

Menurut Chen, pihaknya akan terus menyokong Chongqing memainkan peranan yang lebih besar dalam peningatan kesalinghubungan strategik, sistem kewangan hijau negara dan kerjasama teknologi kewangan China-Singapura, di samping membantu Chongqing yang berpangkalan di bahagian barat, memicu pembangunan yang berorientasikan ASEAN dan berkhidmat untuk pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

高蕾