Insiden Kapal Selam AS, Cerminan Hegemoni di LCS

2021-11-26 11:12:37  CRI
Share with:

Jurucakap Penerangan Kementerian Pertahanan China, Wu Qian dalam sidang akhbar semalam menyatakan sejak terjadinya insiden kapal selam nuklear Connecticut, sikap pihak Amerika Syarikat (AS) yang mengarut menimbulkan keraguan dalam masyarakat antarabangsa.

Soalan-soalan yang harus dijelaskan pihak AS termasuk, “Apakah tujuan pelayaran kapal selam nuklear tersebut? Manakah lokasi kejadian sebenarnya? Adakah terjadi kebocoran bahan nuklear dan pencemaran alam sekitar di perairan terbabit?

Wu Qian berkata, pada pendirian China, punca insiden tersebut berasal dari AS yang melakukan pergerakan ketenteraan dan amalan hegemoni pelayaran di Laut China Selatan (LCS). Oleh itu, AS didesak segera menghentikan kegiatan seumpama itu.

张宪