Li Keqiang Hadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-13

2021-11-26 15:58:04  CRI
Share with:

Li Keqiang Hadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-13_fororder_1128101178_16378511728041n

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-13 secara maya di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.

Li ketika menyampaikan ucapan dalam sidang itu menyatakan bahawa sejak ditubuhkan pada 25 tahun lalu, ASEM telah menyaksikan peningkatan kepercayaan politik, kerjasama dan pertukaran antara pelbagai pihak. Presiden China, Xi Jinping menyarankan pelbagai negara seharusnya berusaha bersama-sama untuk mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan. Semasa pengaruh wabak COVID-19 masih berleluasa, dan ekonomi dunia sedang meniti jalan yang penuh ranjau duri sepanjang proses pemulihannya, ASEM ke-13 yang bertemakan “menekankan multilateralisme dan menggalakkan pertumbuhan bersama” mempunyai erti yang kondusif.

Li menekankan, pelbagai negara harus memelihara sistem antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan bersama-sama memelihara kedamaian serta kestabilan dunia.

Menghadapi cabaran daripada wabak COVID-19, pelbagai negara diharap merancakkan kerjasama dalam penyelidikan dan pengeluaran vaksin dan ubat. Pemulihan pasca wabak harus diwujudkan seimbang antara pembangunan dengan transformasi hijau dan pembangunan karbon rendah. Laluan cepat dan hijau perlu dibina dengan cepat untuk memastikan kestabilan dan kelancaran rantai bekalan industri sejagat.

Sementara itu, terdapat hadirin dari luar negara yang menyatakan bahawa pelbagai pihak harus mengintensifkan pembinaan hubungan rakan Asia-Eropah, menghadapi bersama-sama cabaran antarabangsa dan serantau, melindungi kedamaian dunia dan menggalakkan pembangunan bersama-sama.

曹捷