Perdagangan China-ASEAN Cipta Rekod Baharu

2021-11-26 12:07:49  CRI
Share with:

Pada 10 bulan pertama tahun ini, perdagangan China-ASEAN meningkat 30% dengan mencapai USD703.3 bilion (RM2.98 trilion) dan dijangka prestasi sepanjang tahun ini akan mencipta rekod baharu. Demikian dimaklumkan jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting dalam sidang media semalam.

Menurut Shu, skala perdagangan China-ASEAN semakin diperluas, iaitu dari paras belum sampai USD8 bilion (RM34 bilion) pada tahun 1991 meningkat lebih 80 kali ganda pada tahun 2020, dengan mencecah USD684.6 bilion (RM2.9 trilion). Sejak tahun 2009, China merupakan rakan dagang terbesar bagi ASEAN untuk 12 tahun berturut-turut, manakala ASEAN buat pertama kali menjadi rakan terbesar bagi China pada tahun 2020. Setakat ini, pelaburan kumulatif antara kedua-dua pihak kira-kira USD300 bilion (RM1.27 trilion).

Menyentuh langkah seterusnya, kedua-dua pihak akan melancarkan pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN edisi 3.0, bersama-sama membina hubungan ekonomi dan perdagangan yang inklusif, moden, komprehensif dan saling menguntungkan dan menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu.  

曹捷