Jumlah Pengguna Terminal 5G China 80% di Dunia

2021-11-28 15:32:50  CRI
Share with:

Jumlah Pengguna Terminal 5G China 80% di Dunia_fororder_707362435

Sebanyak 1.15 juta stesen asas 5G sudah dibina di China setakat ini, merupakan lebih 70% di seluruh dunia, dan membentuk jaringan 5G yang berskala paling besar dan berteknologi paling canggih. Dengan itu, jumlah pengguna terminal 5G di negara ini telah mencapai 450 juta, merupakan lebih 80% di dunia.

Pada tiga suku pertama tahun ini, jumlah penjualan telefon bimbit 5G di China meningkat 70.4% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan merekodkan 183 juta, iaitu 73.8% keseluruhan jualan telefon bimbit pelbagai jenis.

Sementara itu, China juga kelihatan pantas dalam mempopularkan penggunaan 5G. Kini, sebanyak 10,000 premis dari 22 sektor ekonomi domestik yang penting dilaporkan memanfaatkan penggunaan 5G, termasuk internet industri 5G, aplikasi kuliah awan, makmal maya dan kampus pintar 5G, rawatan kecemasan, perubatan jarak jauh, pengurusan kesihatan 5G, pembantu pelancongan, dan penstriman berdasarkan teknologi 4K/8K.

曹捷