Ski Gaya Bebas, "Tarian di Udara"

2021-11-29 13:57:42  CRI
Share with:

Ski gaya bebas atau gelarannya "tarian di udara", merupakan acara sukan yang menggabungkan kelajuan, kemahiran persembahan serta keupayaan membuat aksi di udara ketika berski.

Ia sekali gus memaparkan kemahiran beraksi atlet yang penuh dengan debaran dan keseronokan di pelbagai jenis lokasi pertandingan.

Sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, 13 pingat emas akan menjadi rebutan dalam pertandingan acara ski gaya bebas yang dibahagikan kepada enam kategori.

Kesemua enam kategori itu adalah kemahiran beraksi di udara, kemahiran berski, mengatasi halangan, kemahiran berski secara U, merentasi cerun dan “Big Air”.

Difahamkan, acara “Big Air” lelaki, “Big Air” perempuan dan acara beregu campuran kemahiran udara dipilih sebagai tiga acara baharu dimasukkan dalam temasya sukan kali ini.

Acara “Big Air” dijadual akan berlangsung di Big Air Shougang, manakala acara lain pula akan diadakan di Taman Ski Yunding di kaunti Chongli, Zhangjiakou.

董筱娉