Pusat Ski Alpine Nasional

2021-11-29 12:16:13  CRI
Share with:

Pusat Ski Alpine Nasional_fororder_1129a

Terletak di kawasan pergunungan di daerah Yanqing, Pusat Ski Alpine Nasional (NASC) merupakan salah satu venue Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Dilihat dari sudut udara, pusat itu bagaikan seekor burung layang-layang yang mengibas-ngibaskan sayapnya. Justeru, ia turut diberi gelaran “Flying Snow Swallow”.

Pusat Ski Alpine Nasional_fororder_1129c

Pusat Ski Alpine Nasional_fororder_1129b

Dilengkapi tujuh balapan lumba ski, NASC merupakan lokasi pertandingan ski Alpine standard Olimpik yang pertama di China.

Sempena temasya Olimpik berkenaan, terdapat 11 acara akan diadakan di pusat tersebut, antaranya turun bukit, super-G dan slalom gergasi, dengan 11 pingat emas menjadi taruhan.

Pada ketika ini, bekalan air dan elektrik serta sistem telekomunikasi sudah siap di pusat berkenaan, manakala radar cuaca juga memulakan operasinya.

Pusat Ski Alpine Nasional_fororder_1129e

Pusat Ski Alpine Nasional_fororder_1129d

Dalam perkembangan lain, kerja membuat salji yang dimulakan sejak 15 November dijangka tamat di NASC pada pertengahan Januari depan.

董筱娉