WHO Sedang Menyelidik Kebolehjangkitan dan Kepatogenan Varian Omicron

2021-11-29 14:50:37  CRI
Share with:

Menurut “ringkasan maklumat yang terkumpul”yang diedarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Ahad lalu, varian Omicron mempunyai beberapa mutasi yang mungkin memberikan kesan terhadap kebolehjangkitan dan kepatogenan varian itu.

Tetapi belum pasti sama ada Omicron mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi daripada varian lain dan sama ada ia dapat mengakibatkan penyakit yang lebih serius atau tidak pasa masa sekarang.

Menurut pertubuhan itu, risiko dijangkiti semula varian Omicron mungkin bertambah, tetapi maklumat berhubung varian ini amat terhad. WHO bersama-sama dengan rakan kerjasamanya sedang mengadakan penyelidikan terhadap varian virus tersebut.

徐国玮