China, Rusia Perkasa Kerjasama Tenaga

2021-11-29 20:09:10  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin masing-masing mengirim perutusan tahniah kepada Forum Perniagaan Tenaga China-Rusia ke-3 hari ini.

Xi menyatakan bahawa China dan Rusia membuahkan hasil cemerlang dalam usaha memperkukuh penyelarasan strategik dan kerjasama pragmatik yang komperhensif sempena sambuatan

ulang tahun ke-2 Perjanjian Kerjasama Jiran Baik dan Persahabatan China-Rusia pada tahun ini.

“China dan Rusia mengatasi kesan negatif pandemik COVID-19 hingga mewujudkan peningkatan perniagaan sumber tenaga, selain menggalakkan pembinaan projek kerjasama utama dan memperluas kaedah dan sektor kerjasama baharu.

“China komited merapatkan hubungan rakan kerjasama dengan Rusia dalam bidang sumber tenaga demi memelihara keselamatan tenaga dan menangani cabaran perubahan iklim global,” kata Xi.

Putin pula menyatakan bahawa perkongsian strategik komprehensif Rusia-China sedang berada pada tahap tertinggi dalam sejarah.

“Syarikat kedua-dua negara diharapkan mempergiat penyepaduan, membincangkan hala tuju kerjasama baharu yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat dalam bidang tenaga dan sumber tenaga mesra alam demi menyumbang kepada peningkatan konotasi kerjasama Rusia-China dalam bidang tersebut,” kata beliau.

覃淼